
|
Itu Dinamakan Ujian Allah .
Saturday, 27 October 2012 @ 17:16 | 0 Comment [s]
Siti Aishah Mohd Umar yang berumur 6 tahun dan dia seorang budak yang comel dan kecil badannya . Aishah pergi ke rumah saudaranya yang terletak belakang rumahnya . Tiba-tiba disebelah rumah saudaranya ada seorang jiran yang peramah dan comel juga . Aishah juga seorang budak yang peramah . Dia menegur budak yang bernama Maizatul Nabila Ahmad Nerang yang sebaya dengannya . Mulai dari itu Aishah dan Nabila berkawan baik . Pada tahun 2004 , Aishah telah mendaftar nama sebagai seorang budak darjah satu . Kebetulan pula Nabila juga mendaftar nama di sekolah yang sama . Aishah masuk kelas yang pertama iaitu kelas 1AMANAH .Nabila pula masuk kelas yang kedua iaitu 1BESTARI . Pada tahun 2005 , Aishah dipilih masuk kedalam kelas 2BESTARI , Nabila pula masuk kelas 2AMANAH . Tahun ini kita orang makin rapat dan masing-masing kenal apa itu erti sahabat . "Eh , Aishah try lah pakai tudung ", kata Nabila . " Eh , malulahh " , balas Aishah dengan senyum simpul. Aishah pun mencuba memakai tudung yang keempunyaan Nabila . Nabila ketawa berdekah-dekah , kerana dia tidak pernah melihat Aishah memakai tudungnya. Pada tahun 2006 , Aishah dan Nabila meningkat kedaraan . Hehe , Aishah dan Nabila kini duduk dikelas yang sama iaitu kelas 3CEMERLANG . Dalam kelas tersebut terdiri 40orang pelajar . Dalam kelas itu juga mempunyai ramai kawan-kawan Aishah , iaitu Zahrah Izzati , Azmira , Alia Fatini , Zarith Sofea , dan termasuk juga Nabila kawan selamanya . " Aishah! Nanti stayback eh . Nak kemas kelas lah.", kata Izzati dengan senyuman yang membawa lesum pipinya. "Hmm , okey lah" , balas Aishah ringkas . Pada petang yang sunyi itu , 6 sekawan itu stayback untuk mengemas kelas mereka . Masing-masing mempunyai tugas masing-masing. BAB 1 ; Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah :) Hah ?! UPSR ?! . Tahun 2010 , Aishah dan Nabila tidak duduk satu kelas . Pada tahun ini juga hubungan Aishah dan Nabila renggang kerana Nabila sama kelas dengan seorang perempuan yang sama ketinggiannya , iaitu Nadia . Nabila dan Nadia duduk kelas 6CEMERLANG . Aishah pula duduk di kelas 6BESTARI . Aishah mempunyai beberapa kawan yang bernama Diyana , Syabrina , Safura ,Eva , Azwad , Amran , Azri , dan lain-lain . Pada suatu hari , semua murid yang mengatakan bahawa sekolah itu ingin mengadakan tuisyen yang berharga RM50 empat subjek . "Nabila , kau ambil kelas tambahan tak ? " , tanya Aishah kepada Nabila yang sedang membelek-belek surat itu . "Hmm , tengok duu lah. Tanya ibu dulu lah ", jawab Nabila sambil menjungkitkan bahunya . Pada keesokan harinya , Nabila dan Aishah hantar surat tersebut pada Pn. Laila . "Cikgu , ni borang yang tuisyen", kata Nabila .Nabila dan Aishah bukanlah selalu bersama . Semasa Aishah dan Nabila darjah 4BESTARI , Aishah dan Nabila tidak rapat , kerana pada suatu hari Aishah dan Nabila mengalami masalah yang salah faham antara satu sama lain . Mereka bukan lah sentiasa baik aje . Kadang-kala mereka ada mengalami salah faham satu sama lain . Semasa pembelajaran PJK , Aishah hanya dapat berkawan dengan Diyana . Dia bukan lah seorang yang lupa kawan bila ada kawan , tetapi Aishah sedih kerana dia tidak sangka bahawa persahabatannya akan jadi macam itu . Aishah mendapat surat daripada kawan baiknya , Nabila . Surat itu mengatakan bahawa Nabila ingin hubungan persahabatan yang baik seperti sebelumnya . Aishah pun membalas surat yang tidak berapa rasmi . Ianya hanya surat biasa, seperti surat cinta . Semasa Aishah sedang membaca surat itu ,Aishah tersenyum dan hatinya berasa gembira . "Alhamdulilah",kata hati Aishah . Pada setiap hari Sabtu , Aishah mesti hadir ke kelas tambahan ataupun tuisyen yang diadakan oleh pihak sekolah . Aishah mengambil 4 matapelajaran . Nabila juga mengambil 4 matapelajaran . Pada hari Jumaat , Cikgu Laila selaku Guru Penolong Kanan telah pun membahagi kelas tambahan . Nabila dan Aishah terpisah . Nabila dipilih untuk masuk ke dalam kelas pertama. Aishah pula dipilih masuk ke kelas yang kedua . Aishah mempunyai kawan iaitu Diyana , Safura , Amran , Syabrina, Azwad , Azri dan lain-lain. Nabila pula sama kelas dengan Izlyn , Izzati , Azmira dan lain-lain . Pada hari pertama kelas tambahan , Aishah berasa gembira kerana Nabila dapat hadir pada hari pertama bagi kelas tambahannya . Walaupun mereka tidak berada dalam satu kelas , Nabila dan Aishah tidak kecewa kerana mereka telah membuat satu perjanjian tentang waktu rehat . "Aishah , jangan lupa rehat dengan saya eh ? " , pertanyaan Nabila kepada Aishah sebelum mereka melangkah masuk ke kelas masing-masing . "Hmm , okey ", jawab Aishah ringkas sambil melemparkan senyumannya . Kringg! Kringggggg! Bunyi loceng telah memecah kan kesunyian sekolah itu . Semua murid keluar untuk menikmati sarapan pagi mereka di kantin . Ada yang membawa bekalan dan makan di kantin . Semua murid sudah keluar tinggal kelas yang pertama iaitu kelas Nabila . Aishah sanggup tunggu walaupun dia tidak dapat rehat dengan masa yang lama bersama kawan-kawan yang lain . "Aishah , jom lah rehat dulu", pertanyaan Diyana kepada Aishah yang dari tadi asyik melihat kelas yang pertama itu . "Ha'ah lah Sya , jom lah rehat dulu", Safura pula menyokong pendapat Diyana sebentar tadi . Akhirnya Aishah menbuka mulut untuk menjawab pertanyaan dari dua sahabat baiknya . "Korang pergi lah dulu , saya nak tunggu Nabila . Saya nak makan sama-sama , sebab tadi saya dah janji dengan dia yang saya akan tunggu dia waktu rehat nanti ", jawab Aishah dengan melemparkan senyum yang manis . Dua sahabatnya itu tunggu bersama . Mereka juga m-ahu sarapan bersama-sama temannya yang kecil molek itu . Akhirnya , kelas pertama keluar dan muka Aishah berseri-seri kerana tidak sabar menikmati sarapannya . "Lambatnya korang keluar ", Diyana bersuara sambil melemparkan muka peliknya . "Ha'ah , cikgu ada bagi kerja tadi", jawab Nabila yang kelihatan letih dan lapar . ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pelajar tahun 6 semuanya sibuk-sibuk . Kerana kerja sekolah banyak dan apabila cuti ,mereka harus hadir kelas tambahan yang diadakan pada cuti sekolah. Dalam seminggu , pelajar tahun 6 akan cuti sehari iaitu hari Ahad . Hari Isnin , sekolah sentiasa memulakan majis perhimpunan . Sebelum memulakan majlis , semua pelajar kelihatan bertamburan . Kerana mereka tidak duduk dibarisan kelas masing-masing . Tetapi Nabila , Aishah , Nadia , Safura duduk di barisan kelas mereka . Pada jam 6.50pagi , kelihatan Diyana baru sahaja sampai ke sekolah . Diyana mempunyai fesyen rambut yang terbaharu , iaitu Diyana luruskan rambutnya . Muka Diyana kelihatan lebih comel dan hampir mereka semua tidak mengenalinya . "Wah! Diyana , ada gaya stail rambut baru lah", puji Nabila kepada Diyana . Diyana hanya mampu tersenyum . Cikgu sibuk memberi pengumuman kepada murid-murid , tapi geng perempuan iaitu Aishah , Nabila , Safura , Eva , Syabrina , Huda sibuk menanyakan tentang rambut baru Diyana . "Kenapa tak klip ? Nanti cikgu marah macam mana?", Aishah selamba bertanya . "Hmm , nanti lah . Buat masa sekarang tak boleh klip", jawab Diyana dengan muka serba salah . Masing-masing diperintahkan supaya masuk ke kelas dengan keadaan yang tersusun dan senyap . Tetapi apa kan daya mulut manusia tidak pernah tutup . Waktu rehat , mereka tidak rehat kerana mereka mengisi masa lapang dengan sudut bacaan di dewan terbuka . Tetapi kali ini mereka bukan mengulangkaji , tetapi mereka mengulangkaji tentang rambut Diyana . "Eh , kenapa tak klip rambut macam ni ? ", tanya Aishah sambil memegang rambut Diyana "Ehh , Aishah jangan pegang nanti dia kerinting balik", jawab Diyana dengan muka risaunya . Aishah seorang budak yang bertudung . Begitu juga dengan Nabila ,Safura , Nadia . Pada bulan September, iaitu bulan UPSR . Bermulalah peperiksaan UPSR pada esok harinya . Aishah memesan ibunya agar membeli buku latihan . "Ibu,belikan buku latihan" . Apabila ibunya pulang dari kerja , Aishah menanyakan tentangbuku itu . "Ibu , mana bukunya?", tanya Aishah dengan suara manjanya . "Itulah ", jawab ibunya ringkas Keesokan harinya , Aishah bersemangat dengan minum air koko sebelum pergi ke sekolah sambil membaca buku . "Ehh , rajin pula aku hari ini", mengomel hatinya sendiri . Apabila Aishah sampai ke sekolah , Aishah mengeluarkan buku latihannya semula.Kebetulan , cikgu telah memberi kedudukan mengikut nama .Aishah Dan Nabila sekali lagi terpisah . Sementara semua pelajar belum sampai ke sekolah,ada seorang cikgu yang bernama Cikgu Kaladevi yang sedang meronda-ronda di kawasan itu . Tiba-tiba cikgu itu berhenti . "Aishah , kenapa muka awak pucat ? Takut ke ? ", tanya Cikgu Kaladevi sambil tersenyum. "Hehe , takut", jawab Aishah dengan muka yang pucat . Buku yang dipegangnya tidak dibuat lagi , kerana menunggu kawan-kawannya . "Okey murid-murid! Sementara kamu semua mengulangkaji , cikgu akan panggil nama seorang demi seorang untuk periksa kesihatan kerana pada masa ini ada penyakit yang sangat berbahaya iaitu H1N1 . Jadi cikgu tak nak kamu ada penyakit itu , okey ?" , Cikgu Normi bersuara lantang memecah kan kesunyian . "Baik , cikgu" , jawab serentak semua murid-murid . Seorang demi seorang dipanggil , dan cikgu juga menyediakan facemask untuk melindungi diri kita daripada virus . Aishah punya facemask terkoyak kerana dia rimas dengan itu . Tetapi , Cikgu bagi lagi satu facemask . Semua murid wajib mendapatkannya dan memakainya . Jam sudah menunjukkan pukul 7.30pagi . Semua pelajar sudah pun membuat barisan yang panjang mengikut angka gilliran . Setelah itu , mereka dikehendaki memanjat tangga sekolah . Kerana dewan peperiksaan mereka tingkat dua . Aishah duduk meja di depan sekali. Belakang Aishah ada seorang kawan iaitu Siti Norfatehah . Pada mulanya , Aishah takut dan membaca doa . Kelihatan guru yang datang menjaga mereka adalah guru dari sekolah lain . Guru-guru tersebut berdiri dan berbaris melintang dan memperkenalkan diri . Setelah itu , kertas peperiksaan diedarkan . Empat hari telah berlalu dengan UPSR . Tibanya masa untuk mengumumkan keputusan UPSR . Aishah berharap agar dapat 4A1B , tapi apa kan daya . Aishah hanya mampu skor 1A1B3C . Tapi itu sudah mencukupi . Aishah telah berusaha sedaya upaya . Aishah hanya terlentuk di bahu Safura , dan menangis . Aishah ingin lentukkan kepalanya ke bahu Nabila , tetapi bahu Nabila rendah.Diyana pula menangis di bahu Eva . Apabila Cikgu membenarkan pulang , Aishah dan kawan-kawan pergi serbu pejabat kerana ingin fotostat keputusan mereka . Selepas itu , mereka menuju ke SMK Bandar Puchong Jaya (A) untuk menghantar slip keputusan . BAB 2 ; Perpisahan Tahun Enam 2010 :) Selepas selesai sahaja Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah berlalu , semua murid menjerit 'MERDEKA!' . Merdeka mereka menandakan bahawa Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah telah berlalu . Walaupun , Ujian yang penting bagi tahun 6 berlalu , ia tidak bererti murid tahun 6 boleh memonteng ke sekolah . Pada hari Isnin , semua murid tahun 6 terpaksa berbaris di barisan tahun 1 kerana cikgu telah mengagihkan kelas kepada murid untuk tahun akan datang . Murid tahun 6 bebas melalukan apa sahaja . Seorang budak yang berbangsa cina itu membawa telefon bimbitnya dan mendengar lagu . Ada juga yang membawa kad-kad untuk bermain . Contohnya , Happy family , UNO's card , Snap , dll . Semua murid tahun 6 membawa barang berharga seperti telefon bimbit , PSP , MP3 dll . Safura juga membawa telefon bimbitnya yang berjenama Sony Erisson yang berwarna hitam hijau . Safura mengambil kesempatan yang terakhir dan yang berguna ini untuk mengambil gambar kawan-kawan yang lain . Tetapi Azwad sahaja yang dapat melepaskan diri daripada camera telefon bimbit Safura . 'Azwad , bagi lah aku amik gambar kau , lepas ni kitaorang tak dapat jumpa kau dah . Kau kan nak sekolah asrama agama ', kata Safura sambil merayu . 'Aku malulah weh', balas Azwad sambil tersimpul malu. Tapi malangnya , Safura sedang merakam sebuah video . Azri seorang budak yang kelihatan seperti nerd tetapi dia seorang yang bijak dalam matapelajaran matematik telah menolong Safura untuk memujuk Azwad . Akhirnya , Safura dapat merakam video yang Azwad sedang berlari di koridor yang dikejar oleh Azri budak nerd . Walaupun Azri berperangai nerd dia juga mempunyai perasaan marah , sedih , dan juga cinta yang sejati . Sebelum Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah , Azri telah pun berterus - terang bahawa dia menyukai Safura seadanya . Malangnya , Safura tidak dapat menerimanya bersebab . Setelah merakam video Azwad , mereka semua menonton video itu sambil ketawa yang terbahak-bahak . Amran pula tidak kelihatan kerana dia tidak hadir pada hari yang bermakna bagi semua murid tahun 6 . Pada jam 9.15pagi , murid perempuan dipanggil ke kelas 6Cemerlang yang terletak berdekatan dengan Dewan . Cikgu Suhaida , Cikgu Normi yang berada di dalam kelas itu memulakan tujuannya memanggil kami ke 6cemerlang setelah semua murid berkumpul dikelas itu . 'Okey , selamat pagi murid-murid . ', Cikgu Normi memulakan bicaraannya . 'Selamat pagi, cikgu!', jawab pelajar murid perempuan dengan serentak . 'Tujuan saya memanggil kamu semua disini kerana saya ingin kamu semua melibatkan diri kamu dalam pertandingan yang cikgu ada kan pada minggu depan' , terang Cikgu Normi . 'Cikgu , pertandingan apa , cikgu ? ', tanya Ravinyaa yang tidak sabar mendengarnya . 'Hisy , kamu ni ! Tak sabar - sabar . Okey , pertandingan futsal . Kamu kenalah tubuh kan kumpulan ,nama kumpulan . Satu kumpulan akan mempunyai seorang kapten . Setiap kumpulan akan mempunyai 8 murid . Tidak terlupa juga , kamu semua harus membayar RM3.00 kepada kapten kamu dan kapten kamu akan pas duit kamu kepada saya . Duit RM3.00 itu bukan Cikgu punya , tapi untuk menempah trofi untuk kamu yang bakal menang. ' , jelas Cikgu Normi . Pada keesokan harinya , Safura salah seorang yang mengutip duit sebanyak RM3.00 dari kumplan kami . Kebetulan Aishah , Nabila , Safura , Diyana dll sedang mencari nama kumpulan kami . Pada masa yang sama , kelas 6Bestari berada di dalam perpustakaan . Sedang sibuk mencari nama kumpulan . 'Hah! Apa kata kita letak nama group kita sebagai 'Power Girl' , kata Huda dengan senyum yakin tak yakinnya itu. 'Isy , tak nak lah . Cari lah brutal-brutal sikit . Jangan yang gedik-gedik ' , kata Safura dengan muka tak setuju dengan cadangan Huda . Tiba-tiba , datang seorang lelaki yang bernama Putera Dinie . Dinie seorang pelajar dari kelas 6Cemerlang . 'Ehhh , Dinie! Dinie! Dinie ada cadangan tak untuk nama group Diyana ?' , tanya Diyana kepada Dinie . 'Apa lah . Apa kata korang telak nama group korang "Funky Futsal Club' , jawab Dinie dengan muka meyakinkan mereka . 'A'ah lah . Sedap juga . Tak berapa brutal , tak berapa gedik ', jawab Nabila memberi idea . 'Okey , semua setuju ekh ? ' , tanya Safura kepada ahli kumpulannya . 'Okey lah!', jawab Aishah dan Diyana sambil tersenyum sesama mereka . Pada masa itu , mereka perasan yang Syabrina tidak bersama mereka . 'Ohh , tadi Syabrina cakap dia tak nak join kitaorang lagi' , terang Huda kepada rakannya . 'Habis tu dia masuk group mana ?' , tanya Nabila dengan muka blur -nya . 'Dia nak masuk group Thivya.', jawab Huda dengan muka bersalah . Masing-masing berdengus sesama sendiri . Tetapi mereka bersabar dan jalani seperti biasa . Tinggal beberapa hari lagi untuk pergi pertandingan . Syabrina meminta maaf dari rakan-rakannya dan merayu supaya menerimanya didalam kumpulan mereka . Rakan-rakan mereka semua nya baik belaka. Mereka memaafkan Syabrina dan terima Syabrina masuk ke dalam kumpulan mereka . Syabrina juga berterima kasih dan melemparkan senyuman yang ikhlas . ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pada hari Khamis , semua murid bersiap sedia untuk menyertai pertandingan futsal . Kumpulan One Nation yang terdiri daripada murid perempuan iaitu Izzati , Izlyn , Kok Chee Ying, Azmira, Alia , Sofea , Lashini dan Nadine telah menempah baju pasukan mereka . Baju mereka bertema rama-rama yang berwarna biru . Malangnya , geng FFC (Funky Futsal Club) tidak memikirkan sebegitu . Tetapi , FFC bijak dan geliga . Mereka memikirkan tema baju yang sangat popular seperti hitam dan putih . Mereka memilih warna putih kerana warna putih sesuai dengan nama kumpulan . Selepas berkumpul mengikut kumpulan , Cikgu Rostadely memberi sedikit taklimat tentang pertandingan . Tidak lama kemudian , pertandingan bermula selepas memanaskan badan . Pertandingan dimulakan dengan pertandingan futsal lelaki . Selepas itu , pertandingan akan bertukar menjadi pertandingan futsal perempuan . 'Alarhh , takut lah' , runggut Aishah sambil mengenggam tangannya dengan erat . 'Rileks lah . Aishah mesti boleh punya . Saya kan ada di samping awak ' , jawab Nabila sambil memegang bahu Aishah meyakinkannya . Nabila baru sedar bahawa Aishah tidak tahu dan tidak minat terhadap futsal meskipun bola sepak . Aishah merupakan seorang budak perempuan yang sopan . Sama juga Nabila , Nabila juga sopan orangnya . Memang sepadan sangat apabila mereka berkawan . Allah Maha Besar , Allah telah menemukan Aishah dan Nabila . Semasa lelaki sedang bertanding , Aishah , Nabila , Eva , Huda , Syabrina , Diyana luangkan masa mereka di bawah tangga yang terletak di hadapan makmal sains . 'Aishah , awak ingat tak masa saya datang rumah awak ? Kebetuan ayah awak buat kerja . Awak panggil saya tapi saya tak dengar , jadi awak menjerit ' Nabila! ' . Jadi saya pun terkejut lalu memanggil nama saya sendiri ' , Nabila memulakan memorinya bersama Aishah . 'Mestilah ingat. InsyaAllah sampai mati saya tidak akan lupa kan ', jawab Aishah sayu didengar . Nabila terdiam kerana dia ingin sembunyikan rasa sedihnya . Aishah juga turut mendiamkan diri . Mereka berdua tidak terkata kerana mengingati masa silam mereka . 'Goal!', jerit seorang budak lelaki yang khusyuk menonton pertandingan futsal. Geng FFC terkejut lalu masing-masing mencari tempat duduk yang sesuai untuk menonton futsal tersebut . Aishah sentiasa bersama Nabila . Bak kata Izlyn 'Bagaikan belangkas lah korang ni' . Apabila budak lelaki menjaringkan gol yang kedua , Aishah dan budak perempuan yang lain menjerit kerana menyokong . Selepas itu , Cikgu Rostadely memanggil nama FFC untuk bertandng bersama Red Devils yang diketuai oleh Thivya Rupini . Mereka mula bertanding . Aishah dan Nabila bagaikan patung hiasan di hadapan penjaga gol . Huda merupakan penjaga gol kumpulan FFC . Walaupun , kumpulan FFC terdiri daripada perempuan yang lembut , Huda bukan lah penjaga gol yang lembut . Kehebatan Huda menonjol ketika dia menangkap bola dengan tangkapan yang hebat . Selepas bertandingan dengan Red Devils , FFC harus bertanding dengan One Nation . Aishah dan Nabila sudah meningkatkan staminanya . Aishah hampir berjaya memasukkan gol yang pertama bagi kumpulan FFC . Malangnya , Aishah dan Azmira yang dari kumpulan One Nation telah menjatuhkan Aishah dihapadan gol One Nation . Aishah tergelincir . Nasib Aishah memang baik kerana tiada kecederaan yang dialaminya . Akhirnya , kumpulan One Nation dan FFC tidak dapat sebarang gol . 'Ganas gila diaorang main . Nasib baik tak luka ', runggut Aishah kepada geng FFC . 'Tulah fasal ', Nadia memberi pendapat yang sama . Selepas pertandingan tamat , semua murid dikehendaki berkumpul di dewan terbuka untuk acara majlis penyampaian hadiah kepada pemenang . Tempat ketiga jatuh kepada Funky Futsal Club (FFC) , tempat kedua jatuh kepada Red Devils , dan tempat pertama jatuh kepada One Nation . Setiap pemenang akan menerima piala yang kecil dan comel . 'Selesai sudah pertandingan kita pada hari ini . Semua pelajar boleh bersurai ' , Cikgu Rostadely menutup acara pertandingan futsal pada tahun 2010 . BAB 3 ; SEKOLAH MENENGAH YANG DIPIJAK Selepas sahaja mengambil result Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah(UPSR) , geng FFC terus menuju ke Pejabat SKPJ2 untuk mendapatkan salinan result UPSR . Sebaik sahaja mereka mendapatkan salinan UPSR ,mereka menuju pula ke Pejabat SMKBPJA untuk memberi salinan UPSR kepada kerani sekolah tersebut . Nabila mendapat 3A2B , Diyana 2A3B , Syabrina 2A3B , Safura 2A3B , Aishah pula 1A1B3C . Walaupun Aishah tidak sebagus kawan-kawan yang lain , tetapi dia tetap bersyukur apa yang dia dapat . Dia menangis kerana dia tahu bahawa dia telah mengecewakan ibu bapanya . Selepas memberikan salinan itu , mereka menuju ke sekolah rendah mereka semula kerana waktu persekolahan belum tamat . Apabila masing-masing sudah reda daripada tangisan yang kecewa , mereka semua bercadang ingin sekolah dimana . Ramai yang ingin memilih sekolah yang berlainan . Itu menandakan mereka tidak akan berjumpa murid yang pindah sekolah lain itu . Pada hari Sabtu , SMKBPJA telah mengadakan Hari Orientasi untuk murid Tingkatan 1 . Safura dan Aishah terlewat . Sebab Safura dan Aishah terlewat kerana Aishah tidak tahu menahu pada hari Sabtu ada Hari Orientasi . Pada hari itu , Aishah dan Safura dimarahi oleh guru disiplin iaitu Encik Nazri . Semenjak dimarahi oleh guru disiplin , Aishah takut ingin melakukan kesalahan . Apabila masuk ke dalam barisan mengkut kelas , Aishah mendapati Safura , Diyana , Syabrina , Huda sama kelas . Tetapi Nabila masuk kelas 1UM iaitu kelas yang pertama . Aishah pula maasuk kelas yang kelima , 1UTM . Eva masuk kelas 1USM kelas yang keempat . Masing-masing tidak sekelas . Walaubagaimana pun, mereka bijak dan mereka telah merancang untuk rehat bersama dan saling menunggu . 3 minggu telah berlalu , kelas 3UTM menerima murid baru . Aishah memerhatikan murid itu . Mukannya seiras orang yang berbangsa cina dan Aishah terkejut apabila melihat tanda nama murid itu . Namanya ialah Muhd Alif Daniel bin Abdullah . Aishah tergamam . 'Uish , murid Islam ke Cina ?' , tanya Aishah didalam hatinya . Alif diarah untuk duduk di sebelah Kabindren . Pada waktu Agama Islam , Diyana dan rakan-rakan yang lain terpegun melihat Alif . Ramai juga yang memperkenalkan diri pada Alif. Tidak lama kemudian , Aishah dan Nabila mendapat tahu bahawa Diyana telah bercinta dengan Alif . Mereka ber-couple . Aishah dan Nabila terkejut . 'Fuyoo! Cepat gila dia . Gopoh!', kata Nabila kepada Aishah dengan perasaan marah . Aishah dan Nabila marah terhadap Diyana kerana dia telah merahsiakan tentang hubungannya dengan Alif . Aishah ada menceritakan sesuatu pada Nabila . 'Nabila , saya dah jatuh cinta terhadap Alif semasa Alif masuk kelas saya' sayu Aishah memberitahu kepada rakan baiknya . 'Ohh , lepas tu ? Awak kenapa tak ambil Alif ?' , tanya Nabila dengan simpati . 'Takyah lah , lepaskan hanya untuk Diyana aje lah' , Aishah berkata sambila melemparkan senyuman yang manis kepada Nabila . Nabila tidak menyangka yang Aishah sanggup lupakan Alif hanya kerana Diyana . Nabila terharu . Jika ikutkan hatinya Nabila ingin memarahi Aishah kerana Aishah sungguh baik . ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 'Aishah! Nak join tak menari berpasangan ? Aishah ajak lah Amran' , jerit Kak Balqis murid Tingkatan 2 . 'Emm , Kak Balqis tanya lah Amran' , kata Aishah dengan muka yang pelik . Aishah , Safura , Farez , Amran dipilih untuk persembahan tarian . Aishah berpasangan dengan Amran dan Safura pula berpasangan dengan Farez . Semasa latihan tarian itu , Amran memberitahu sesuatu yang amat penting . Jadi , Aishah berjumpa dengannya berdekatan pondok yang popular untuk meletakkan beg apabila sekolah itu mengadakan aktiviti petang . 'Sha , Am nak bagitahu sesuatu ni. Tapi , Sha jangan marah tau ' , kata Amran sambil membuat muka bersalah . 'Insya-Allah . Haa , apa dia ?', tanya Aishah yang tidak sabar . 'Sebenarnya , Am pernah couple dengan Diyana seblum Am couple dengan Sha . Am couple dengan dia masa tahun 6 . Dia yang minta couple', jelas Amran kepada Aishah yang dari tadi membisu . Aishah hanya menganggukkan kepalanya . Aishah tidak boleh berkata apa-apa . Lidahnya kelu . Hatinya bertambah sakit . Jadi Aishah meninggalkan tempat itu dan menuju ke arah surau . Tetapi Aishah tidak ke surau . Aishah hanya duduk di tepi longkang . Longkang itu lah yang tahu perasaan Aishah . Apabila Aishah sedih , Aishah akan menuju ke longkang . Amran pula berasa bersalah dan dia menuju ke kantin . Tidak beberapa lama kemudian Safura memanggil Nabila yang menunggu ayahnya di depan pagar sekolah . 'Aishah , kenapa ni ?', tanya Nabila yang kelihatan risau terhadap Aishah . Aishah menceritakan apa yang Amran beritahu kepadanya sebentar tadi . 'Apa?! Sampai hati dia buat macam tu . Kalau dia buat macam tu lepas tu bagitahu kitaorang , takpe lah . Ni tak , diam je' , Nabila semakin benggang . Nabila benggang terhadap Diyana kerana dia telah membuat Aishah menitiskan air matanya . Aishah dan Nabila saling mengambil berat . Mereka akan sedih juga apabila merekan tahu salah seorang telah disakiti oleh orang lain . Aishah sabar dan berlatih tarian seperti biasa walaupun hatinya berkata untuk membalas dendam terhadap Diyana . Kali ini , Aishah betul-betul benggang dan tahap kesabarannya meningkat . Aishah tidak pernah membalas dendam apa-apa . Tetapi kali ini , Diyana memang mencabar kesabaran Aishah . Pada beberapa hari kemudian , Aishah dan Amran putus cinta . Hanya Nabila sahaja yang tahu segala rahsia Aishah kali ini . Aishah telah membuat keputusan yang Aishah akan luahkan rahsianya pada Nabila sahaja . Tidak lama kemudian , Diyana dan Alif pula putus cinta . Tetapi semasa mereka putus , Aishah tidak tahu menahu tentangnya . Aishah adalah orang yang terakhir yang tahu . Pada suati hari yang indah , Aishah mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali . Akhirnya orang yang tidak kenali itu adalah Alif Daniel . Tidak sampai beberapa minggu , Alif melamar Aishah sebagai teman wanitanya . Aishah memikir dengan baik dan Aishah menerimanya . Aishah tahu jika Diyana dapat tahu dia pasti akan marah . Jadi Aishah membuat perjanjian . Alif menerima perjanjian itu . Hanya Nabila yang tahu . Keesokkan harinya , Aishah berjumpa dengan Nabila . Aishah berharap ini adalah berita terbaik bagi Nabila . Kerana ini memang Nabila berharap sangat dari dulu . 'Billa ! Saya couple dengan Alif ! ', terang Aishah dengan gembira . 'What?! Thats goood !! ' , Jerit Nabila . Kedua-dua rakan itu menjerit kegembiraan . Tetapi Aishah memberitahu Nabila supaya merahsiakannya . Alif memberitahu Aishah yang sebelum dia couple dengan Diyana , dia suka Aishah tetapi malangnya Aishah telah dimiliki oleh Amran . Jadi , Alif couple dengan Diyana . Malangnya , Aishah dan Alif tidak lama . Hanya 1bulan dan 9hari . Selepas mereka putus , mereka tetap berkawan biasa . Bukan itu sahaja , Diyana dan Alif bersatu semula . Begitu juga dengan Amran dan Aishah . BAB 4 ; RENGANGNYA PERSAHABATAN Aishah dan Nabila tidak rapat dengan Diyana , Syabrina dll . Mereka berdua bukan sengaja tidak rapat , tetapi mereka berdua mempunyai sebab-sebab yang tertentu . Aishah orangnya yang tidak suka menegur rakan yang lain , kecuali Nabila . Nabila pula tidak membukamulut selagi mereka tidak menegur juga . Mereka boleh dikatakan perangai yang serupa . Diyana pula orang yang suka menegur rakan baiknya . Rakan baiknya adalah Safura , Wey yi , Syabrina , Anne dll . Aishah dan Nabila tidak suka apabila mereka berkawan dengan orang yang berperangai tidak elok . Seperti Syabrina yang tidak rapat langsung dengan Aishah dan juga Nabila . Mereka berdua amat keewa apabila mendapat tahu bahawa Syabrina Alysha yang mereka kenal meminum air yang haram disisi Islam . Selain itu , dia juga pernah memakai pakaian yang mendedah kan auratnya . Pada tahun 2012 , hubungan mereka tidak lah seteruk mana pun . Mereka masih berkawan tetapi tidak menegur . Hubungan mereka yang mesra dan asyik memeluk apabila berjumpa bertukar menjadi masam .Apabila berjumpa buka pelukan persahabatan yang diberi . Hanya senyuman yang tidak tahu bahawa senyuman itu samada ikhlas dari hati ataupun ikhlas dari kaki . Aishah terkejut apabila mendapat tahu bahawa Nabila mengalami kecederaan . Aishah berasa amat sedih kerana tidak dapat melawat Nabila . Aishah tahu yang Nabila seorang yang tabah dan kuat . Aishah kenal sangat dengan kembarnya yang tidak seiras itu . 'Aishah , tahu tak ?', tanya Izlyn yang sekelas dengan Nabila . 'Huh ? Tahu apa , Izlyn ?', tanya Aishah dengan riak muka pelik . 'Takkan tak tahu fasal Nabila kut ? Dia kan patah tangan', akhirnya Izlyn memberitahu berita yang ingin dia khabarkan . 'Ohhh , dah tahu dah . Esok dia datang lah . Tulah banyak berangan lagi sampai terjatuh dari katil. Hahaha ', jawab Aishah dengan ketawa mengusik . 'Oh! Nabila patah tangan ? ', Diyana menyampuk dengan tidak memberi salam . 'Haah , tak tahu ke ? ', Izlyn menanya Diyana . 'Baru tahu , hehehe ', jawab Diyana dengan tidak merasa sedikit serba salah . ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Hari ini adalah hari yang bahagia dan seronok kerana Nabila akan bersekolah . Bagi Aishah , jika Nabila tidak datang sekolah , hidupnya di sekolah amat terseksa kerana tiada siapa ingin mendengarnya dan tiada siapa yang rehat dengan Aishah . Walaupun , Diyana mengajakAishah untuk pergi ke kantin bersama . Aishah memang tak akan makan jika Nabila tidak hadir . Tetapi , Nabila sudah berpesan ; Nabila berpesan kepada Aishah . Aishah memnag seorang yang susah nak makan kerana Aishah lebih selesa dan seonok di pandang orang apabila Aishah makan bersama rakan-rakan yang lain . 'Aishah , tu Nabila kan ? ' , Ana merupakan sepupu Aishah mengatakannya . 'Mana ?! Ha'ah lah ', Aishah berkata sambil berlari menuju ke arah Nabila yang berada di koridor sekolah . Nabila dengan muka yang menahan sakit menunggu Aishah di koridor itu . 'Hey , datang pun awak . Saya tunggu awak tadi ' , Aishah memulakan perbualan merekan . 'Mestilah datang . Takkan nak duduk kat rumah . Bosanlah ' , jawab Nabila sambil berjalan menuju ke barisan kelas masing-masing . Aishah menemankan Nabila sampai ke barisan kelas Nabila keran Aishah takut apa-apa yang terjadi terhadap Nabila . 'Nabila , macam mna tangan ?' , Safura bertanya sambil melihat tangan Nabila yang di balut dengan kain putih . 'Emm , okey sikit . Tapi tak boleh angkat tinggi sangat' , Nabila menjawab pertanyaan Safura panjang lebar . Pada perhimpunan , Nabila kelihatan rimas kerana Nabila dikelilingi dengan rakan-rakan . 'Hmm , bila kawan sakit baru terhegeh-hegeh nak tengok dan nak tanya kenapa . Bila tak sakit dibiar je , tak tanya khabar atau tanya apa-apa . Sombong , angkuh ! ', bebel Aishah dalam hatinya . Walaupun Nabila sakit , tetapi Nabila tetap ingat pada kawannya , Aishah yang dari tadi mukanya menyembunyi sesuatu . 'Aishah , awak ada masalah ke?', tanya Nabila sambil memegang bahu Aishah . 'Awak tahu-tahu je kan? ' , jawab Aishah sambila memberi Nabilla senyuman yang ikhlas dari hati . Setelah Nabila tahu masalah Aishah , Nabila merasakan sedih , kecewa dll . Nabila tahu Aishah seorang yang lemah untuk menghadapi masalahnya seorang diri . Nabila tidak pernah penat melayan Aishah . Walaupun Aishah nampak sombong , kuat . Tetapi tidak , dia tidak sombong dan juga tidak kuat . Aishah seorang yang lemah . Nabila lain dari Aishah . Nabila kuat mengahadapinya sendiri . Tetapi Nabila lebih kuat apabila Aishah berada disampingnya . Nabila berpesan kepada Aishah supaya menghadapnya dengan tabah . Tetapi Aishah akan tabah apabila Nabila ada sahaja . Nabila adalah sumber tenaga di sekolah . Pada waktu rehat , Aishah membawa satu buku . Di dalam buku tersebut Aishah menulis rahsia-rahsianya tentang Muhd Alif . 'Eii , Aishah cantik buku ni ' , Diyana mengambil buku itu dari tangan Aishah sambil membuka buku itu ingin membaca . Dengan pantas , Aishah menarik buku tersebut dari Diyana . Aishah tidak mahu Diyana membaca buku itu kerana Aishah tidak mahu Diyana dikecewa . Kringggggg! Kringgggggg! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat menengah rendah telah pun tamat . 'Harini ! ', Diyana memanggil kawan berbangsa India yang ingin menuju ke kelasnya . Aishah memerhatikan Diyana . Aishah mendapati Aishah Bercerita tentangnya kepada Harini . Selepas tangga kosong , Aishah pun naik menuju ke kelas kerana masa pembelajarannya sudah bermula . Aishah terserempak dengan Nabila yang berdiri di hadapan kelas . 'Nabila , masa agama Islam tunggu saya tau ' , Aishah pesan pada Nabila . Nabila hanya mengangguk . Aishah tahu Nabila mesti bosan . Semasa agama Islam , mereka menuju ke kelas agama yang terletak di blok Mulia kelas yang kedua dari kiri . Aishah menceritakan segala-galanya pada Nabila . Nabila berasa simpati terhadap Aishah . Apabila mereka sampai di Bilik Agama , murid Islam terhenti langkahnya kerana Uztaz yang mengajar mereka tiada di situ . Tetapi mereka bijak mereka menuju ke surau yang terletak di belakang blok Kasih . Semua cerita Aishah sempat dicerita pada Nabila semasa mereka dalam perjalanan ke surau . ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Semasa stayback , Nabila balik sebab dia tidak boleh melakukan aktiviti apa pun . Diyana , Safura , Eva , Syabrina pergi sekolah rendah tanpa memberitahu Aishah . Aishah amat kecewa dan Aishah mengadu pada Ana , sepupunya . Selepas mengadu , Ana membuat satu ranangan yang sangat menarik .Aishah setuju dengan rancangan Ana . Walaupun Ana merancang , tetapi Aishah memang sedih . 'Aishah , awak nangis ke ?' , tanya seorang guru Puan Sharifah Fatimah . 'Tak lah ,cikgu . Dia sedih sebab kawan-kawan dia tinggalkan dia ', jawab Ana . Tidak lama kemudian , rakan-rakan Aishah pun datang kerana mereka dipanggil oleh Ana . 'Weh , korang memang macam ni eh ? Aishah korang buat macam apa ntah . Bila korang tak kawan sesama sendiri terhegeh-hegeh cari Aishah sebab nak cerita tentang orang yang tak nak kawan korang tu . Tapi , bila dah kawan satu sama lain , korang tinggalkan Aishah je . Aishah , kau tak payah kawan dengan dorang ' , panjang lebar Ana bertazkirah . 'Weh , siapa yang tinggal siapa ? Kitaorang nak dekat dengan Aishah pun susah sebab ada kau k ' , Syabrina memecahkan suasana nak sunyi itu . 'Korang ada ramai , Aishah ada aku je . Dah lah , Sha . Balik lah weh . Malas aku nak layan orang macam tu . ' , arah Ana pada Aishah . Semasa Aishah ingin menuju pulang , Aishah baru perasan yang ramai memerhatikan mereka . Alif , Harith , Afiq dll . Aishah mengikut arahan Ana . Sampai setengah jalan Aishah menanya kepada Ana . 'Ana , tadi kita berlakon ke betul-betul ? ' , Aishah menanya . 'Ntah , yang kau pergi nangis betul-betul , apasal ? ', Ana jawab sambil tersenyum sinis . 'Mana lah Asya tahu . Asya menjiwai drama kita doh . Terbaikkkkk lah' , jawab Aishah sambil menunjukkan ibu jarinya menandakan terbaik . BAB 5 ; BISU KE ??? Masuk tahun 2012 , geng FFC kelihatan tidak tegur-menegur sesama sendiri . Aishah pula kelihatan sedih kerana Nabila telah berpindah ke SMKS4 . Diyana , Safura , Syabrina pula kelihatan tenang dan kelihatan cool je . Dalam kumpulan Diyana , semua ada . Bak kata orang putih , perfect ! Sampai beberapa minggu kemudian , baru mereka tahu mengapa mereka tidak menegur sesama sendiri . Aishah dan Diyana memang rapat sejak darjah 2 . Hubungan Aishah dan Diyana semakin renggang kerana iri hati , emosi , fitnah dan sebagainya . Mereka berdua mempunyai cerita yang membuat mereka renggang , tapi ini semua bukan sebab sesiapa pun . Hanya Aishah dan Diyana yang bersalah . Pada suatu masa , Aishah dan Diyana berbaik . Rakan-rakannya tidak tahu-menahu bagaimana mereka berdua berbaik secepat mungkin . Mungkin mereka berdua open minded . Tetapi mereka berbaik tidak lama . Bagaikan ice cube ditinggalkan di bawah cahaya matahari . Cerita mereka boleh renggang ; 'Pada tahun 2010 , Diyana dan Alif menjadi kekasih . Aishah pula melupakan Alif hanya kerana Alif dimiliki oleh Diyana , rakan baiknya . Tetapi , malangnya . Alif telah menghantar mesej yang mengatakan Alif telah jatuh cinta pada Aishah semasa Aishah dimiliki oleh Amran . Alif telah memberitahu Aishah , Alif tidak dapat memiliki Aishah kerana Aishah dimiliki seseorang yang telah menjadi rakan Alif . Selepas sahaja Alif dan Diyana putus , Aishah tidak tahu tentang mereka kerana Aishah tidak mahu masuk campur hal peribadi seseorang . Aishah adalah orang yang terakhir yang tahu Diyana dan Alif putus . Selepas itu , Alif meminta Aishah menjadi kekasihnya . Aishah tidak tahu samada dia ingin memilih perasaan rakannya atau perasaan seorang lelaki yang sedang memintanya untuk menjadi kekasihnya . Aishah berfikir masak-masak . Aishah telah memberi syarat kepada Alif . Alif terima syarat itu dengan seadaanya . Tetapi mereka tidak lama kerana Amran meminta maaf pada Aishah dan dia ingin menjadi kekasih Aishah semula . Aishah tidak berkata apa-apa , tetapi Alif melepaskan Aishah dengan memulakan persahabatan seperti biasa . Aishah bukan lah gopoh . Aishah tidak memberi keputusan pada tarikh itu juga . Aishah menjawab 'YA' pada hari Isnin . Aishah tak mahu melepaskan Alif keseorangan . Jadi , dia menolong Alif untuk memikat Diyana semula . Mujur Diyana masih mempunyai cinta terhadap Alif . Tapi , walaupun Aishah dan Alif putus mereka berkawan seperti biasa . Alif memang rapat dengan Aishah sampai Diyana boleh mengesyak bahawa Alif pernah mesej dengan Aishah . Aishah berusaha untuk menafikannya . Tapi , Aishah tidak sanggup menipu rakan nya . Aishah juga tidak pernah membuka cerita tentang Alif di depan Diyana , Safura , Syabrina dan juga Eva . Hanya Nabila sahaja yang mahu mendengar . Beberapa bulan yang lalu , Diyana dan Aishah berJANJI dan berbaik . Mereka berdua berjanji supaya tidak akan pernah bercakap tentang Alif . Tapi , janji itu seperti habuk di tiup angin . Janji kosong ! Janji tidak ditepati ! Diyana telah menyebut tentang masa lalu . Aishah masih ingat janji nya , tapi Diyana ? Kerana JANJI, Diyana dan Aishah bergaduh dan mereka sampai sekarang tidak tegur-menegur ' Aishah orang yang benci akan orang yang tidak menepati janji . Jika dirinya tidak menepati janji pun dia akan membenci dirinya . Inikan pula orang lain . Tidak menepati janji juga adalah dosa besar dalam agama Islam . Aishah telah menitiskan air mata nya dan segera Aishah memesej Nabila tentang apa yang berlaku di sekolah . Walau apa pun yang terjadi , Aishah tetap akan memberitahu Nabila . Tidak kira Nabila dimana pun . Tetapi jika Nabila sudah tiada di dunia ini mungkin Aishah akan mengadu kat kuburnya . Hanya Nabila lah yang terbaik bagi Aishah . Allah Maha Besar , dia mengabungkan Nabila dan Aishah menjadi sahabat karib di dunia . Sebelum Nabila pindah , Aishah dan Nabila membuat perjanjian . Iaitu perjanjian sahabat ; Gelang persahabatan mereka sangat cantik dan ianya sangat menarik . Tanpa gelang juga mereka memang sahabat yang setia kerana hubungan persahabatan yang baik bukan dari gelang yang kita beli tetapi hubungan persahatan dari hati yang ikhlas . Walaupun Aishah tidak ada Nabila di sekolah itu , Aishah tetap berdikari menjaga diri tanpa Nabila . Aishah juga belajar sabar akan perangai rakan-rakannya . Aishah tidak berharap sangat mereka akan berbaik seperti darjah 4 . Aishah juga mendapat rakan baru . Bukanlah baru sangat pun . Alif , Akbar , Afiq adalah rakannya yang baru . Mereka bukan sahaja rakan Aishah , mereka memberi semangat kepada Aishah supaya melaluinya dengan tenang . Dimana Aishah ada , disitu juga ada Ana , Alif, Akbar dan Afiq . Ana adalah sepupu Aishah . Di sekolah itu , Aishah mempunyai dua sepupu iaitu Ika dan juga Ana . Ana seorang yang tabah dan berperangai seperti lelaki sedikit . Bukan tomboy k ? Dia tidak gedik . Bagi Aishah , jika Aishah sedih bahu dia lah Aishah akan tumpang . Akbar seorang yang gagah bak kata rakannya , Afiq . Walaupun dia seorang yang malas membuat kerja sekolah , tetapi dia mempunyai peminat setia . Tapi malangnya , Akbar tidak berminat dengan peminat setia dia itu . Peminat setia dia adalah Mardiyana daripada kelas 2UKM , sekelas dengan Ana . Aishah , Alif , Afiq dan Ana selalu berusaha supaya Akbar berjumpa dengan Mardiyana . Alif pula seorang yang gagah juga bak kata pengetua SMKBPJA , Tn Hj. Johan . Dia darah mix melayu dan cina . Dia seorang ketua kelas yang bertanggungjawab . Kadangkala dia juga boleh dikatakan pemalas . Dia ramai peminat . Dia pandai berbahasa cina . Dia juga sering memberi semangat kepada Aishah supaya sabar dengan perangai rakan-rakan Aishah . Afiq ?! Oh my goat ! Afiq seorang yang talkative . Dia memang tak tahu tutup mulut . Apabila dia serious , dia akan diam . Bila dia main-main , dia tak akan diam . Walaupun , dengan gengster dia berani membuka mulut . Bukan tu sahaja , dia juga peminat Nabila , rakan baik Aishah itu . Dia pandai buat lawak . Walaupun Aishah nampak tenang di hadapan Diyana , Syabrina , Anne , Eva , Kavisha dan juga Regina . Tetapi , Aishah memang tenang . Tetapi Aishah lemah , dia rasa dirinya ingin menegur salah seorang daripada mereka . Tetapi hati Aishah sombong . 'Semuanya salah saya ! Saya seorang yang sombong ! Errgh ', marah Aishah kepada dirinya sendiri . Aishah tidak rapat dengan Safura kerana apabila Aishah perlukan rakan , Diyana akan merampas Safura . Pada suatu hari , Kak Munirah bersembang dengan Aishah . Tiba-tiba Diyana datang dengan Eva dan bersembang dengan Kak Munirah . Aishah pula menjauhkan dirinya dengan Kak Munirah . Kak Izaty adalah rakan baik Kak Munirah . Diyana juga merebut Kak Izaty . Aishah sabar dan tenang . 'Hmm , sabar Aishah . Sabar k Aishah ' , Aishah meredakan hatinya . Eva dan Aishah bertugas di pagar hadapan sekolah . Aishah malas ingin menegur Eva . Aishah sampai ke sekolah lewat sedikit . Eva paling awal , jadi dia sempat berbual dengan rakan karibnya . Aishah macam biasa , dia akan sembang dengan sepupunya , Ana . 'Ana . Alah , Eva kat sana lah . Malas lah nak panggil dia ' , mengadu Aishah pada Ana . 'Lah , tunggu dia buat apa ? Kita tak payah ajak orang yang telah sakitkan hati kita lah . Pergi je sorang ' , Ana menaikkan semangat Aishah . Aishah melangkah bergerak ke pagar sekolah untuk menjalankan tugasnya . Aishah berjalan dengan bersemangat . Dalam hatinya teringat apa yang Ana pesan padanya . Tidak lama kemudian , Eva berjalan dengan tidak berasa bersalah . Aishah menunggu Eva meminta maaf padanya kerana dia telah lewat menjalankan tugasnya . BAB 6 ; SELAMAT HARI JADI , EVA EMILIA ! Pagi-pagi lagi Aishah tidak senang nak tidur . Awal pula Aishah bangun hari ini . Aishah bangun awal demi Eva . Aishah tidak mahu dia lupa bahawa 8/3/12 adalah hari lahir Eva . Walaupun Aishah tidak cukup tidur , tapi Aishah sanggup memaksa dirinya supaya bangun awal . Aishah memang tidak menyediakan hadiah untuk Eva . Tapi baginya , hari ini amat penting . Bangun sahaja , Aishah terus mengapaikan telefon bimbit nya . Dia mendail number Nabila . Tapi malangnya , Nabila tidak menjawab panggilan Aishah . 'Mungkin dia tidur lagi kut ', kata hati Aishah . Aishah bersiap pergi ke sekolah . Setelah bersiap memakai tudung yang berwarna biru , segera Aishah mengapai telefon bimbitnya semula . Walaubagaimanapun , Aishah ingin memanggil Nabila lagi . Tapi malangnya , Nabila tidak menjawab juga . Aishah tidak kecewa . Aishah tetap tersenyum kerana semuanya demi Eva . Keadaan cuaca hujan renyai . Aishah di hantar oleh ibunya menaiki kereta Viva . Sampai sahaja di hadapan sekolah , Aishah terus tersenyum . Aishah ingin menjadi orang yang pertama mengucapkan kepada Eva . 'Ana , terus naik kelas lah . Letak beg dulu ' , arah Aishah pada Ana . Ana hanya mengangguk . Ana terus menuju ke kelasnya , 2UKM . Aishah masih jauh perjalanannya . Aishah masih berfikir mengapa Nabila tidak menjawab . Tapi riak muka Aishah masih tersenyum . Sampai sahaja di hadapan kelas Eva , tanpa meletak begnya yang berat itu Aishah terus meyerbu Eva dan mengucapkan hari lahir kepada Eva . 'Happy Birthday , Eva ! ', ucap Aishah dengan senyuman yang ikhlas . ' Thank you ' , balas Eva dengan gelak ketawa yang amat gembira . Aishah gembira kerana Aishah ingin melihat Eva tersenyum apabila dia melihat rakannya gembira sempena hari lahirnya yang ke-15 tahun . Walaubagaimanapun , Aishah tidak segembira orang lain sangkakan . Aishah sedih diam-diam kerana Nabila tidak dapat meraikan hari lahir Eva . Malah , dia lupa yang hari lahir Eva pada 08/03/2012 . Pada hari itu juga , Aishah masih kurang rapat dengan mereka . Pada hari itu juga adalah hari peperiksaan. Aishah cuba menjadi gembira dan seronok pada hari jadi Eva. Tapi, Eva marah kat Aishah kerana tidak menemaninya ke kantin. Aishah makan dalam kelas, bukannya Aishah nak dating dengan budak lelaki. Tapi, Aishah memang buat revision last minute. Nak buat macam mana? Aishah sudah membuat Eva sakit hati. Waktu rehat sudah pun habis. Alif berdiri di belakang Aishah. Aishah duduk di belakang sekali. Bermakna, Aishah berdekatan dengan pintu belakang lah. 'Weh Eva! Mana Aishah?', tanya Alif kepada Eva yang sedang berjalan di hadapan kelas Aishah. 'Lantaklah! Ada aku kisah?', Eva menjawab pertanyaan Alif dengan nada agak kasar. Sebaik sahaja Aishah dengan jawapan Eva begitu, Aishah sedih. Kalau orang tak ada, Aishah nak je menangis kerana Aishah cuba yang terbaik untuk hari lahir Eva. Aishah bidak cenggeng. Sikit-sikit nak menangis. Aishah kecewa apabila mendengarnya. Aishah merasakan yang usaha dia bangun awal, menelefon Nabila dll itu musnah. Buang masa! Semasa Aishah menjawab kertas peperiksaan, Aishah memang tenang, tapi hakikatnya Aishah risau dan kecewa. Selepas selesai menjawab, Aishah meletakkan kepalanya diatas meja. Aishah merenung awam dan langit yang indah itu dan memikir tentang Eva. Aishah sudah memikirkan supaya memberitahu hal ini kepada Nabila. Tapi malangnya, Nabila tidak menjawab panggilannya. Aishah mula risau tentang Nabila. Aishah putus asa untuk menelefon Nabila. Walaupun Aishah sedih, tapi Aishah masih ingat tarikh hari lahir kawan-kawannya. BAB 7 ; AISYAH LONELY Selepas sahaja hari lahir Eva, Aishah dan Eva menjadi rakan karib. Tapi Aishah tidak biasa apabila berkawan karib dengan Eva sangat kerana Aishah masih ingat rakan baik dia yang lama iaitu Nabila. Aishah sering mendengar apa yang Eva atau rakan-rakannya suruh. Tapi Aishah bukanlah seorang hamba mereka. Eva selalu melihat Aishah tersenyum tanda tiada masalah. Tetapi masalah Aishah, hanya yang Maha Berkuasa sahaja tahu apa masalah Aishah. 'Aishah! Aishah tahu tak saya dah tonton video admire saya', Eva memula kan perbualan mereka pada pagi itu. 'Hahah, Saya dah agak dah. Eva mesti akan tengok punya', Aishah membalas sambil tersenyum sindir. Dalam suasana yang bosan itu, Eva mengambil peluang untuk meluangkan masalahnya. Aishah seorang rakan yang setia mendengar masalah. Eva berasa sangat selesa menceritakannya. Aishah bukannya suka masuk campur hal rakan-rakannya yang lain. Tapi Aishah hanya mendengar dan menenangkan hati rakannya itu. Semasa Eva sedang mencerita, Aishah hanya fokuus mendengar dan dia tersenyum kerana Aishah tahu jika dia senyum Eva akan tersenyum juga. Itu lah cara-cara Aishah menenangkan rakannya untuk meluahkan masalah mereka. 'Emm, setiap manusia ada masalah. Bukan aku sahaja yang ada. Aku sedar', Aishah mengomel di dalam hatinya. 'Aishah? Aishah? Hallo?', Eva ingin sedarkan Aishah dari berangan dia itu. Aishah cuma balas dengan senyuman yang selalu dia ukir di bibirnya. Eva pula ketawa memecahkan suasana yang sunyi itu kerana dia sudah meluahkan masalahnya. Tapi Aishah? Walaupun dia ada masalah yang lebih besar dari rakan-rakannya, Aishah tetap memberi senyuman kepada rakan-rakannya. Supaya rakan-rakannya tidak risau tentang Aishah. Aishah cuba untuk melupakan masalahnya, tetapi rakan-rakannya menambahkan lagi masalahnya. Tetapi Aishah tetap sabar. Apabila Aishah marah atau sedih dia hanya mengingati gelak ketawa Nabila kerana ia membuatkan Aishah ketawa dan tersenyum. Aishah sering menangis seorang diri apabila dia rindu akan Nabila. Pada keesokkan harinya, Aishah ada kelas Pend. Islam dan perkara yang pertama yang Aishah akan pandang adalah Safura kerana setiap hati kalau ada kelas Pend. Islam, Aishah dan Safura akan duduk bersama. Selepas sahaja matapelajaran Bahasa Inggeris tamat, kelas Pend. Islam akan bermula. Jadi, Aishah mengemas barang dan alat tulisnya. Apabila Aishah melangkah keluar dari kelasnya, Aishah terserempak dengan Diyana dan gengnya. Aishah ingin memanggil Safura supaya dia berjalan dengannya. Tapi Aishah tak mahu orang memanggilnya sebagai selfish . Diyana pun nak jalan dengan Safura. Tapi takpe kerana Aishah selalu membayangkan yang Nabila ada di sebelahnya apabila dia keseorangan. Maaf kerana novel ini sampai sini sahaja. Enjoy okay? |
The Disclaimer Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : Siti Aishah Mohd Umar
|