
|
Ganjaran Kawan Baik Yang Menjaga Hati Kawannya
Friday, 26 October 2012 @ 01:47 | 0 Comment [s]
Pada minggu yang lepas, Sekolah Sungai Mas telah memulakan sesi persekolahan yang baru. Pada hari pertama sekolah murid-murid kelihatan tidak bersedia untuk sekolah. Tetapi, pada hari yang berikutnya mereka bersedia untuk sekolah kerana mereka terima seorang kawan baru. Contohnya seperti kelas 5 Emas. Mereka kelihatan mesra dan mengenali satu sama lain. Mereka menerima kawan baru yang agak handsome, cute. 'Awwwww, cho handsome', kata Aisharah. Alya hanya tersenyum. Kerana dia jatuh hati dengan mamat ala ala korean itu. Seminggu kemudian.... Aisharah terjerit-jerit memanggil Alya. Alya dari tadi asyik membaca buku diganggu oleh Aisharah yang ingin memberitahu suatu berita kepada Alya. Alya tidak lah terlalu berminat. Aisharah terus memberitahu bahawa dia telah menjadi kekasih mamat korea itu. Alya mula tersentak dan terberhenti membaca buku. Hati Alya menangis. Tetapi deisebabkan Aisharah itu kawan baiknya, dia tidak sanggup lukakan hati kawan baiknya itu. Aisharah dengan reaksi ingin tahu apa pendapat Alya ditimbulkan. Alya hanya tersenyum dan mengucapkan tahniah. Aisharah memeluk Alya. Alya masih lagi dalam senyum yang dibuatnya. Waktu persekolahan tamat. Kebiasaannya, Aisharah akan berjalan pulang bersama Alya. Tapi sekarang tidak Alya berjalan keseorangan. Alya ditegur oleh mamat korea yang bernama Adam. Adam menegurnya lalu menyentuh bahu Alya. 'Hai, saya Adam. Nama awak siapa?' Alya terkejut dan lalu melepaskan tangan Adam dari bahunya. 'Nama saya Alya. Alya Danisha' Alya menjawab ringkas lalu mengukir senyuman yang manis. Aisharah tiba. Lalu dia memanggil Adam dan Alya. Kedua-dua kawan nya memaling kearah suara itu. Aisharah berlari ke arah Alya lalu dia bertanya samada dia mahu balik bersama atau balik seorang diri. Lalu Alya menjawab 'Tak mengapa laa Sharah. I balik sorang je. You temankan lah Adam okay?' Aisharah tahu kawan baiknya tidak suka apabila tidak mendengar katanya. Lalu Aisharah terus berjalan dengan Adam. Adam pandang Alya dengan rasa simpati. Tetapi Alya tetap mengukir senyuman manisnya itu. Pada malam itu, Alya memikirkan kejadia tadi. Dia rasa bersalah terhadap kawan baiknya. Tetapi dia juga menjaga hubungan baik mereka jadi, dia tidak mahu memberitahu kepada Aisharah tentang kejadian tadi. Alya melupakan tentang Adam kerana Adam sudah dimiliki oleh kawan baiknya. Pada keesokan harinya, Alya bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh. Selepas itu, Alya membuat keputusan untuk mengemas biliknya yang kurang bersepah itu. Dia memang jaga kebersihan biliknya. Alya terdengar Blackberry Torch dia berbunyi seperti ada yang menelefon Alya. Rupa-rupanya Aisharah yang menelefon Alya. Tiba-tiba Aisharah menghantar BBM. Lalu Alya membalas BBM Aisharah itu. Aisharah mengajak Alya keluar ke shopping mall. Alya juga terasa bosan duduk dirumah. Jadi Alya akan menemani Aisharah sekali. Mereka berdua akan berjumpa di The Curve Damansara pada jam 1 petang. Sekarang jam menunjukkan jam 11 pagi. Alya terus bersiap-siap. Alya kalau dia bersiap dia memang lambat kerana Alya seorang yang cermat bila memakai tudung. Alya decide dia nak pakai baju long-skirt dan silk kemeja dan ikuti brown belt dan shawl berwarna orange sama warna dengan long-skirt dia. Dia mencalitkan sedikit lip-ice di bibir supaya tidaklah kelihatan pucat. Alya membawa Ipad, lip-ice, BB Torch, dan juga purse yang berjenama Guess ke dalam beg yang akan dia bawa. Jam sudah menunjukkan jam 12.40 tengahari. Alya dihantar oleh driver bondanya. Di The Curve, Alya sampai dulu sebelum Aisharah. Alya BBM Aisharah. Aisharah masih lagi dalam perjalanan. Alya membuat keputusan untuk membeli buku di kedai buku popular. Alya pergi bahagian novel. Alya seorang disitu. Sementara dia ingin tahu bahawa cerita itu best atau tidak dia membaca sinopsis di belakang buku itu. Tanpa disedari Alya dilanggar oleh seorang mamat ini. Alya terus memaling kearah mamat itu , lalu dia amat terkejut apabila dia melihat Adam yang melanggarnya tadi. Lalu Alya menanya 'You buat apa kat sini?' Adam pula menjawab 'I tunggu Shara. Dia kata ontheway, tapi tak sampai-sampai lagi'. Alya hanya menangguk tanda faham. Alya terus menuju ke kaunter untuk membuat bayaran dan dia terus menuju ke Starbuck. Alya tidak mahu ada salah faham antara kawan baiknya. Jadi, dia membuat keputusan untuk menunggu Shara di Restoran Starbuck. Di Starbuck Alya sering memikirkan kenapa Shara mengajak Adam sekali. Sedang Alya mengelamun BB dia berbunyi tanda ada seseorang menganntar SMS padanya. Alya membaca dan dia memikir siapa yang menghantar SMS padanya kerana orang yang menghantar SMS padanya tidak dikenali. Alya tidak membalas SMS itu kerana Alya takut jika SMS itu salah hantar. Lalu Alya memasang password di BBnya. Supaya orang lain tidak membaca mesejnya. Alya menyimpan mesej itu. Orang yang tidak dikenali itu terus menerus menghantar mesej yang berbeza. Selain itu, Alya terkejut apabila orang tidak dikenali itu menyebut nama Alya dalam mesej yang diterimanya. Tidak lama kemudian... Shara muncul depan popular untuk berjumpa dengan teman lelakinya. Shara mula menanya dimana Alya kepada Adam. Lalu Adam menjawab bahawa dia tidak tahu dan Adam menyuruh Shara untuk menelefon Alya. Alya dapat tahu Alya di Starbuck dan di mengajak Shara untuk makan dahulu sebelum memulakan shopping mereka. Di Starbuck, Alya duduk sebelah Shara dan sebelah Adam. Kerusi di Starbuck ada 4 kerusi. Shara dan Adam duduk secara bertentangan. Tapi, Alya tidak selesa apabila teman lelaki Shara duduk di sebelahnya. Lalu, Alya ajak Shara untuk beli makanan. Selepas sahaja membayar, Alya terus duduk tempat yang lain. 'Uikk, kenapa you tukar tempat?' soal Shara pada Alya. 'I tak selesa laa duduk situ. Lagipun bf you ada kat situ kan' jawab Alya dengan senyuman yang manis. Lalu, Shara juga membalas senyuman Shara. 'Yaya, later where we start first? Movie? Shopping?' tanya Shara pada Alya yang dari tadi bertweeting dengan fans dia tu. 'Oh ya. Baru i nak tanya you. Anyway, mana je. How bout you Mr Adam?' Alya bersuara dengan Adam. 'Ermm, suka hati you alls laa. I bodygaurd je' Adam menjawab sambil menambah lawak jenaka. 5 jam kemudian... Mereka bersurai. Tetapi Alya masih lagi bersiar-siar kerana driver bondanya akan sampai lewat kerana driver bondanya mengambil adiknya yang baru sahaja pulang dari kelas tambahan. Adam juga balik lewat. Adam tahu yang Alya masih didalam shopping mall lagi kerana dia bukannya suka menunggu di bus stop stand. Biasalah, anak orang kaya. Walaupun dia kaya. Hati dia baik hati. Dia tidak pernah berdendam. Adam cuba mencari Alya kerana dia ingin bersembang dengan Alya. Tetapi dia tidak dapat mencari Alya. Tiba-tiba dia terserempak dengan Alya di pintu utama shopping mall itu. Alya hanya terkejut manakala Adam tidak terkejut sedikit pun kerana dia tahu yang Alya akan terlanggar dia kerana dari jauh Adam melihat Alya asyik sangat dengan BBM dia tu. Lalu, Alya meminta maaf pada Adam. Adam baru membuka mulutnya untuk mulakan conversation. Tetapi malangnya, Alya ingin cepat dan Alya tidak perasan yang Adam ingin katakan sesuatu. Adam tercegat disitu. Sebelum dia beredar dari situ dia ternampak namecard Alya terjatuh. Adam mula melebarkan senyuman kejamnya itu kerana pada namecard itu mempunyai email Alya dan nombor telefonnya kedua-dua sekali. Adam tersenyum sipu apabila mamanya datang menjemput. Mamanya merasakan yang Adam sudah gila. Lalu, mamanya menanya pada Adam. 'Adam? Are you okay? I'm ontheway to Tanjung Rambutan' Puan Ayda menanya pada anaknya. 'I'm okay laa, Mama. How dare Mama nak hantar Adam kat Tanjung Rambutan?' Adam mencebikkan mulutnya yang berwarna merah jambu itu. Puan Ayda dan Adam tersenyum bersama. Sampai sahaja di rumah Adam, Adam terus masuk ke dalam biliknya dan terus memghidupkan komputer ribanya yang berjenama Asus. Dia terus menghantar email pada Alya dengan menggunakan ayat yang sesuai untuk orang yang mengelamun cinta. Kebetulan pula, Alya sedang skyping dengan kawannya di Paris. Alya pelik bagaimana lelai misteri itu dapat email Alya. Dahinya yang licin itu dikerutkan. Alya asyik terfikir siapakah orang yang misteri ini. Alya seringkali memeriksa dia punya email. Setiap kali dia buka emailnya, dia akan terima email dari lelaki misteri itu. Pada suatu hari, Alya memarahi orang itu lalu orang itu membuat perjanjian terhadap Alya apabila Alya meminta lelaki itu muncul didepan Alya, Alya jangan terkejut. Pada hari yang dinanti-nantikan, Alya terus menuju ke rumah Shara untuk mengajaknya ke Shopping mall kerana pada hari itu ibu bapa Shara sibuk jadi dia terpaksa menumpang Alya. Apabila sampai sahaja mereka berdua terus ke Starbuck. Lalu, Alya melihat dari belakang lelaki itu mirip sekali seperti Adam. Dan, apabila Alya dan Shara menuju ke Adam dan lelaki misteri itu Alya terkejut bahawa lelaki yang selama ini mengganggu dia adalah kembar kepada Adam. Dan Alya hampir sahaja pengsan. Lalu, lelaki misteri itu memperkenalkan dirinya kepada Alya. 'Alya Darwishaa Ayrish Binti Dato' Alif Danyy, saya lah lelaki misteri yang sering menganggu awak. Nama saya Adam Fayruz Heykal Bin Dato' Ezry Diniy sudah jatuh cinta pada awak dan bolehkah saya berada didalam hati awak sehingga saya mati? Saya sangat mencintaimu sepenuh hati saya' lamar Adam Fayruz pada Alya Darwishaa. 'Adam Fayruz Heykal, I love you too' Alya masih blur blur lagi. Fayruz merupakan abang kepada Adam. Dan Adam juga ingin melamar Shara. 'Aisharah Na O'Mei Rizyana Binti Datuk Shamsudin Jimmy, saya selaku Adam Fayzren Haziq Bin Dato' Ezry Diniy minta maaf dan saya ingin mengatakan saya cinta pada awak. Sudi awak terima saya? Dan kunci saya dalam hati awak?' lamar Adam Fayzren. 'Saya citakan awak dan saya akan kunci awak dalam hati dan saya akan campakkan kunci itu kedalam sungai supaya tiada sesiapa yang dapat membuka hati saya supaya melepaskan awak' jawab Shara dengan ikhlas. Akhirnya, mereka berempat bahagia ke anak cucu. Tamat~ |
The Disclaimer Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : Siti Aishah Mohd Umar
|